Kubur Islam di Choa Chu Kang, Singapura akan Dipindahkan ke Johor?

TULAR:
842

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa kubur-kubur orang Islam di Choa Chu Kang, Singapura akan dipindahkan ke Johor bagi kerja-kerja pembesaran Pangkalan Udara Tengah di kawasan tersebut.

Sumber gambar: Straits Times.

SEBENARNYA :

Kerajaan negeri menafikan kubur-kubur orang Islam di Choa Chu Kang, Singapura akan dipindahkan ke Johor bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembesaran Pangkalan Udara Tengah di kawasan itu. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara berkenaan tidak timbul sama sekali malah kerajaan negeri juga tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut

SUMBER :

Utusan Malaysia

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI