WASPADA:
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan panggilan telefon yang kononnya daripada pihak berkuasa yang mendakwa bahawa ahli keluarga mangsa sama ada ayah, ibu atau anak telah ditahan bagi tujuan membantu siasatan.
Sindiket kemudiannya akan mengarahkan mangsa memasukkan wang demi menyelamatkan ahli keluarga mangsa tadi daripada merengkok di dalam lokap.
Pihak polis memberikan nasihat bagi mengelak menjadi mangsa penipuan tersebut :
1. Jangan mudah percaya dengan mana-mana panggilan
telefon terutamanya yang meminta anda memasukkan
wang ke dalam sesuatu akaun bank.
2. Jangan sesekali takut, gelisah atau malu untuk
menghubungi semula mana-mana balai polis yang
menghubungi semula mana-mana balai polis yang
dikatakan tempat ahli keluarga itu ditahan.
3. Jangan mendedahkan apa-apa maklumat peribadi
perbankan anda di dalam talian telefon.
4. Jangan sesekali membuat transaksi wang kepada
sesiapa yang tidak dikenali di dalam talian telefon.
5. Jangan sesekali menyerahkan akaun bank sendiri
kepada sesiapa bagi tujuan menyalahi undang-undang.
SUMBER: