PENJELASAN:
Pihak polis memperjelaskan dakwaan bahawa tiada tindakan diambil keatas penganjur perhimpunan yang diadakan di luar bangunan Parlimen pada 28 Mac 2018 tanpa permit sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah, penganjur perhimpunan yang diadakan di luar bangunan Parlimen akan dipanggil kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit.
Beliau berkata, pihaknya telah mengenal pasti penganjur dan akan memanggil mereka yang terlibat dalam masa terdekat.
“Polis akan jalankan siasatan kerana penganjur telah melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.”