Kuota Jemaah Haji Dikurangkan Kerana Peningkatan Subsidi Kerajaan?

TULAR:
841
Gambar hiasan. Sumber: Lembaga Tabung Haji

PENJELASAN:

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memperjelaskan spekulasi bahawa kerajaan bercadang untuk mengurangkan jumlah jemaah haji, berikutan peningkatan jumlah subsidi yang ditanggung Tabung Haji (TH) selepas Arab Saudi melaksanakan Cukai Nilai Tambah (VAT) sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, kerajaan tidak bercadang mengurangkan jumlah jemaah haji, berikutan peningkatan jumlah subsidi yang ditanggung Tabung Haji (TH) selepas Arab Saudi melaksanakan Cukai Nilai Tambah (VAT).

Beliau berkata, pengiraan VAT tersebut dianggarkan RM753 bagi setiap seorang jemaah haji merangkumi kos penginapan, sajian makanan dan perkhidmatan di Arab Saudi, menjadikan jumlah subsidi ditanggung oleh TH tahun 2018 meningkat daripada RM300 juta kepada RM500 juta.

“Peningkatan kos subsidi ini bukanlah halangan untuk kita terus memberikan perkhidmatan kepada jemaah haji. Bahkan, kuota rasmi yang diumumkan oleh Kerajaan Arab Saudi iaitu 30,200 kepada bakal jemaah haji dari Malaysia juga tidak cukup menampung jumlah rakyat di negara ini yang semakin ramai mendaftar untuk melaksanakan haji.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI