SEBENARNYA:
Menurut Kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM):
PDRM telah mengesan sebaran informasi melalui aplikasi whatapps dan facebook mengenai kewujudan modus operandi baharu penipuan yang dinamakan sebagai “sim swap”. menurut mesej tersebut. mangsa akan menerima panggilan yang kemudiannya meminta mangsa menekan butang “1”. Apabila butang tersebut ditekan, telefon milik mangsa akan digodam dan diambil alih oleh penjenayah. Seterusnya, penjenayah akan memindahkan semua wang dari akaun mangsa ke akaun lain. Mesej tersebut juga didakwa daripada “JSJ Komersial PDRM”.
Adalah dimaklumkan, informasi tersebut adalah palsu. Jabatan ini tidak pernah membuat sebaran mesej sedemikian. Malahan, tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan modus operandi tersebut. Bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, semua pengguna telefon diingatkan untuk tidak menekan mana- mana pautan yang meragukan dan tidak menuruti sebarang arahan yang diterima melalui individu yang tidak dikenali.