Video Kesesakan Pelancong Warga China Di Lapangan Terbang Antarabangsa Adalah Video Lama

TULAR:
235

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM):

  1. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) merujuk kepada video yang tular dakwaan berlaku kesesakan di lapangan terbang akibat dibanjiri oleh pelancong warga China.
  2. JIM ingin menegaskan bahawa video tersebut adalah video lama yang dirakamkan pada tahun 2022 di Dewan Bas, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru semasa pintu masuk negara mula dibuka selepas sekatan pergerakan rentas sempadan akibat COVID-19 ditamatkan.
  3. Video itu dirakamkan semasa pergerakan masuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. JIM juga ingin menafikan bahawa rakaman tersebut telah dibuat di lapangan terbang antarabangsa negara.

SUMBER:

Facebook Rasmi JIM

X Rasmi JIM

Tiktok Rasmi JIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI