Notis Tular Kononnya JIM Akan Kenakan Tindakan Terhadap Pemandu Pengangkutan Awam Adalah Tidak Benar

TULAR:
208

SEBENARNYA:

Menurut Kenyataan Media Jabatan Imigresen Malaysia (JIM):

JIM merujuk kepada notis yang tular berkenaan isu mengenakan tindakan kepada pemandu pengangkutan awam yang membawa warga asing tanpa mempunyai dokumen yang sah seperti yang didakwa tular melalui mesej di aplikasi WhatsApp.

JIM menafikan dakwaan ini dan mengesahkan bahawa notis tersebut adalah PALSU yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

JIM ingin menegaskan bahawa tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pemandu-pemandu kenderaan awam yang tidak mengetahui status warga asing yang menggunakan perkhidmatan mereka. JIM sedia maklum bahawa pemandu tidak mempunyai kuasa dan tidak perlu dibebankan dengan pembuktian status penumpang yang mereka bawa.

Walau bagaimanapun, jika didapati mereka dengan sengaja memberi perlindungan kepada mana-mana orang yang diketahuinya telah melanggar peruntukan Akta, mereka boleh disabit dengan hukuman di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam hubungan ini, JIM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63

SUMBER:

Facebook Rasmi JIM

X Rasmi JIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI