PALSU:
Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, dakwaan kononnya terdapat pegawai Bahagian D9, Bukit Aman bernama ASP Suman yang menyebarkan maklumat jenayah terkini.
Versi Terkini. Tular: Mac 2018
Versi Terdahulu. Tular: Februari 2015
SEBENARNYA:
Kebelakangan ini, terdapat banyak hebahan dibuat melalui aplikasi Whatsapp dan media sosial yang memberikan maklumat jenayah terkini menggunakan nama ASP Suman dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (D9).
Berdasarkan semakan yang dibuat, Bahagian D9 tidak mempunyai pegawai bernama ASP Suman Kumar yang berkhidmat di bahagian tersebut.
Polis Diraja Malaysia hanya akan mengeluarkan info-info terkini dan hebahan menggunakan platfrom rasmi sahaja.