JAWI Menangkap Khalwat Pasangan Yang Sudah Berkahwin?

TULAR:
1277

PENJELASAN: 

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memperjelaskan dakwaan bahawa JAWI menangkap khalwat pasangan yang sudah sah berkahwin sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Pengarah Jawi, Abdul Aziz Jusoh, seorang lelaki telah mengaku bersalah membuat panggilan aduan palsu kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sehingga membawa kepada tindakan tangkapan khalwat melibatkan dirinya dan isterinya.

Beliau berkata, ‘drama’ itu dibuat pada Januari 2017 apabila Mohd Ridhuan Giman, membuat panggilan telefon kepada Pegawai Penguatkuasa Agama melaporkan bahawa telah berlaku satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Khalwat) dan memohon tangkapan segera dilakukan.

Rentetan perjalanan kes berkenaan terbukti bahawa segala yang dilakukan oleh kedua-dua tertuduh ke atas Pegawai Penguatkuasa Agama Jawi merupakan suatu tohmahan dan strategi terancang pihak-pihak tertentu untuk merosakkan dan menjatuhkan reputasi penguat kuasa dan institusi agama.

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI