Faedah Kad Kredit Dimansuhkan Kerana Menyebabkan Hutang Yang Tinggi?

TULAR:
624

PENJELASAN:

Kementerian Kewangan memperjelaskan dakwaan bahawa  faedah kad kredit dimansuhkan kerana menyebabkan hutang yang tinggi sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Timbalan Menteri Kewangan I , Datuk Othman Aziz, pendekatan mengurangkan atau menghapuskan bayaran faedah yang dikenakan ke atas penggunaan kad kredit tidak semestinya memanfaatkan ekonomi negara.

Beliau berkata, sebaliknya jika dilaksanakan ia akan menggalakkan tabiat berbelanja tidak berhemah dan kurang berdisiplin di kalangan pemegang kad kredit.

“Peraturan yang dilaksanakan di United Kingdom tidak perlu dilaksanakan di Malaysia kerana pelbagai langkah pencegahan telahpun diambil sejak 2006 oleh Bank Negara untuk mengelak pemegang kad kredit menanggung hutang berterusan.”

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI