Gangguan Bekalan Air Di Selangor Lagi Sehingga 17 Mac?

TULAR:
802

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa akan terdapat gangguan bekalan air di Selangor lagi, bermula 14hb Mac 2018 sehingga 17hb Mac 2018 di pelbagai kawasan.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib menafikan penularan maklumat mengenai gangguan bekalan air yang dikatakan akan berlaku dari 14hb Mac 2018 hingga 17hb Mac 2018.

“Itu adalah kenyataan palsu yang ditularkan. Pengguna dinasihatkan untuk menghubungi pusat panggilan 15300 untuk mengesahkan sebarang info gangguan. Pengguna juga boleh merujuk ke laman rasmi www.syabas.com.my atau aplikasi mysyabas untuk mendapat sebarang maklumat terkini.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI