Waspada Penipuan Jual Beli Dalam Talian

TULAR:
1128

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika urusan jual beli dalam talian.

Sumber gambar : KPDNKK

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengingatkan orang ramai khususnya generasi muda agar memahami hak serta memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing terutamanya apabila berurusan di dalam talian.

Beliau berkata, kesedaran dan pengetahuan mengenai  perkara berkaitan hak pengguna apabila berurusan secara dalam talian boleh mengelakkan penipuan.

“Rakyat hendaklah jelas dengan kuasa pengguna yang mereka miliki, bijak dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam situasi tertentu terutamanya apabila berhadapan dengan kes-kes penipuan dalam talian.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI