Vaksin Difteria Di Hospital Kerajaan Tidak Halal?

TULAR:
542
Gambar hiasan . Sumber : KKM

PENJELASAN:

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya memperjelaskan dakwaan bahawa vaksin difteria di hospital kerajaan adalah tidak halal sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, masyarakat khususnya ibu bapa tidak perlu bimbang tentang status vaksin yang diberikan kepada bayi dan kanak-kanak kerana semuanya dijamin halal termasuk vaksin bakteria difteria.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan sememangnya melakukan pemeriksaan ke atas vaksin-vaksin yang diberikan dan vaksin yang mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir tidak akan diterima.

Menurutnya, terdapat ibu bapa memberi alasan tidak mahu memvaksin anak mereka kerana ragu dan tidak yakin tentang status halal produk berkenaan.

“Vaksinasi yang disediakan oleh kerajaan semuanya halal dan Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini dan ibu bapa perlu rujuk perkara itu.”

SUMBER:

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI