Pegawai Kastam Diugut Berkaitan Cukai GST Sebelum Kenderaannya Dibakar?

TULAR:
649

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa pegawai kastam yang empat kenderaan miliknya dan keluarga dibakar di Presint 11, Putrajaya, pernah menerima ugutan berkait isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Polis menafikan dakwaan bahawa pegawai kastam yang empat kenderaan miliknya dan keluarga dibakar di Presint 11, Putrajaya, pernah menerima ugutan berkait isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, berkata laporan ugutan yang diterima pihaknya adalah daripada individu lain yang tiada kaitan dengan kes berkenaan.

“Kita sudah jalankan siasatan berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh dua individu terbabit, ia adalah dua individu yang berbeza.”

Pegawai kastam yang terbabit dalam kebakaran itu pernah membuat laporan menerima ancaman pada tahun 2013 ketika dia memegang jawatan sebagai pegawai penguatkuasa. Bagaimanapun, polis tetap akan menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI