Anggota RELA Kurang Sesuai Bertugas Di ESSZONE?

TULAR:
1093
Gambar hiasan

PENJELASAN:

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed memperjelaskan dakwaan bahawa tindakan menempatkan anggota RELA untuk penugasan di kawasan ESSZONE adalah tidak wajar kerana anggota berkenaan tidak mahir mengendalikan senjata api sepertimana yang dilaporkan media.

 

Gambar hiasan. Sumber: klxpress.com.my

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed,anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) ditugaskan sebagai pasukan bantuan, bukan terbabit dalam sebarang operasi taktikal atau penugasan di barisan hadapan.

Beliau berkata anggota RELA yang dipilih bertugas di ESSZONE bagaimanapun tetap diberikan latihan dan kursus termasuk kursus khas oleh pelbagai agensi keselamatan berkaitan.

Katanya, kemampuan dan risiko yang dihadapi mereka juga sudah diperincikan oleh Lembaga Penasihat ESSZONE.

“Penugasan itu sesuai dengan peranan RELA sebagai benteng pertahanan kedua yang menjaga keselamatan setempat melalui rondaan komuniti dan penyaluran maklumat. Kerajaan sangat mengetahui tahap keselamatan dan bentuk ancaman dalam ESSZONE dan tidak akan menugaskan anggota RELA di situ tanpa mengambil kira semua risiko.”

 

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI