WASPADA :
Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berwaspada dengan individu yang mengaku sebagai pegawa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)untuk mengutip cukai.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T. Subromaniam, orang ramai boleh meminta ‘pegawai kastam’ berkenaan memperlihatkan kad kuasa mereka, kerana setiap pegawai mempunyai kad kuasa. Sekiranya gagal mengeluarkan kad kuasa bermakna mereka menyamar.
Kata beliau lagi, JKDM tidak mempunyai prosedur operasi standard (SOP) bagi membuat pembayaran terus kepada pegawai bertugas, sebaliknya hanya boleh dibuat di kaunter pejabat JKDM atau secara dalam talian.
SUMBER :
Facebook Jabatan Kastam Diraja Malaysia