PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa pegawai veterinar Kota Tinggi mendedahkan terdapat seekor anak kambing yang menyerupai manusia dan dikatakan mengandungi 99 peratus DNA manusia.
SEBENARNYA :
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor menafikan pihaknya sudah mengeluarkan keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) anak kambing berwajah pelik seakan-akan manusia seperti yang diviralkan di media sosial.
Pengarahnya, Dr Aida Muhid, bagaimanapun berkata proses bedah siasat terhadap anak kambing itu sudah dijalankan jabatan itu sebaik sampel diterima dari Pejabat Veterinar Daerah Kota Tinggi pada 26 April lalu.
Berdasarkan siasatan awal, katanya anak kambing berkenaan menunjukkan tanda tidak normal atau dikenali sebagai ‘congenital anomaly’ ketika dalam kandungan.
Kemaskini :
Ketua Pengarah Veterinar Datuk Kamarudin Md Isa berkata, ujian makmal veterinar mendapati tiada asid deoksiribonukleik (DNA) manusia pada anak kambing yang dikatakan berwajah seperti manusia di Kota Tinggi, Johor seperti diviralkan di media sosial.
Beliau berkata, secara genetik anak kambing itu tidak normal dan ia mati dalam kandungan.
SUMBER :