Ramen Samyang Dari Korea Tidak Halal?

TULAR:
12851

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat keraguan dalam ramuan makanan mi segera Ramyeon – Samyang daripada Korea yang dikatakan tidak halal.

Sumber gambar: facebook.com

SEBENARNYA :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan mi segera jenama Samyang dari Korea itu halal. Menurut Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal JAKIM, mi segera tersebut tidak mengandungi bahan meragukan seperti didakwa.

Berdasarkan makluman siasatan Korea Muslim Federation (KMF) terhadap produk mi segera itu, didapati bahawa produk tersebut tidak mengandungi bahan yang meragukan dan merupakan pemegang sijil (KMF) halal yang sah sehingga kini.

 SUMBER :

Bahagian Hab Halal JAKIM

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI