Pejabat MB Kedah Keluar Senarai Calon BN Kedah Untuk PRU 14?

TULAR:
1875

PALSU :

Tersebar luas di media sosial dakwaan bahawa Pejabat Menteri Besar Kedah telah mengeluarkan senarai nama calon parti BN Kedah untuk pilihanraya umum ke 14 nanti.

Sumber gambar: Blogspot

SEBENARNYA :

Pejabat Menteri Besar menafikan mengeluarkan sebarang senarai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menurut kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, perkara itu dipercayai dilakukan oleh pihak tertentu yang tidak matang kerana sekadar mahu mencipta sensasi dan mewujudkan kekalutan dalam suasana politik negeri.

SUMBER :

Utusan

Bernama

Sinar Harian

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI