Perkataan ‘Bristle’ Pada Label Bungkusan Berus Gigi Merujuk Kepada Bulu Babi?

TULAR:
24274

PENJELASAN:

Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) memperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai perkataan bristle yang terdapat pada label bungkusan berus gigi atau berus-berus lain merujuk kepada bulu babi.

Sumber gambar: Facebook

Pihak JAKIM menjelaskan perkataan ‘bristle’ bukanlah semata-mata merujuk kepada bulu babi. Ianya merupakan perkataan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud bulu pendek/bulu tegak.

Walau bagaimanapun, pengguna dinasihatkan agar sentiasa peka dan berhati-hati ketika melakukan belian dengan memerhati label bungkusan. Hal ini kerana, penggunaan nama-nama berikut merujuk kepada bulu babi iaitu ‘Boar’s Bristles’ or ‘Pig Bristles’.

SUMBER: 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI