PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa satu kumpulan yang bernama ‘Sahabat Pejabat Menteri Besar Perak’ menawarkan pakej selama 28 hingga 30 hari berharga RM39,500 termasuk penginapan di hotel bertaraf lima bintang di Mekah dan Madinah.
SEBENARNYA :
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menegaskan pejabatnya tidak pernah menawarkan apa-apa pakej berkaitan haji seperti mana yang ditularkan di media sosial.
Beliau berkata, mesej yang kononnya pejabat Menteri Besar menawarkan ‘Pakej Sahabat Daripada Pejabat MB Perak’ dengan harga RM39,500 tersebut adalah palsu.
SUMBER: