PALSU:
Tersebar luas dakwaan laporan di media sosial kononnya kerajaan Malaysia mendaftarkan 45 Group menerusi syarikat Godfrey Group Ltd sebagai agen ‘Republik Malaysia’ bagi tujuan melobi untuk mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).
SEBENARNYA:
Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan beberapa laporan media asing yang mendakwa kerajaan Malaysia kononnya mendaftarkan 45 Group menerusi syarikat Godfrey Group Ltd sebagai agen ‘Republik Malaysia’ bagi tujuan melobi untuk mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, menegaskan kerajaan dan PMO tidak mengeluarkan sebarang arahan, melantik atau mempunyai kontrak dengan 45 Group, syarikat Godfrey Group Ltd atau Baumgardner-Nardone.
SUMBER :