FELDA Terlibat Dengan Pembasmian Hutan di Kalimantan Barat?

TULAR:
667

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak Felda Global Ventures Holdings Bhd terlibat dalam pembasmian hutan di tanah PT Temila Agro Abadi (PT TAA) di Kalimantan Barat, Indonesia.

Sumber gambar: Netral News.

SEBENARNYA:

FGV menafikan dakwaan pembasmian hutan di tanah PT Temila Agro Abadi (PT TAA) di Kalimantan Barat, Indonesia.

FGV berkata, ia telah melantik penilai bebas pihak ketiga berpangkalan di Indonesia, melalui anak syarikat milik penuhnya, Felda Global Ventures Kalimantan Sdn Bhd (FGVK), untuk melaksanakan penilaian pengesahan terhadap dakwaan serta laporan yang dibuat Chain Reaction Research (CRR) dan rakan kongsinya, Aidenvironment.

FGV berkata, sebaliknya, hutan semula jadi PT TAA telah musnah sepenuhnya disebabkan kebakaran hutan secara besar-besaran pada 1980-an dan 1997, selain pembalakan berterusan oleh syarikat pembalakan dan masyarakat tempatan sebelum FGV membeli tanah PT TAA.

SUMBER :

Berita Harian

The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI