Pejabat Perdana Menteri Mendaftarkan ’45 Group’ Bagi Tujuan Melobi Amerika Syarikat?

TULAR:
690

PALSU:

Tersebar luas dakwaan laporan di media sosial kononnya kerajaan Malaysia mendaftarkan 45 Group menerusi syarikat Godfrey Group Ltd sebagai agen ‘Republik Malaysia’ bagi tujuan melobi untuk mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Sumber gambar : Reuters

SEBENARNYA:

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan beberapa laporan media asing yang mendakwa kerajaan Malaysia kononnya mendaftarkan 45 Group menerusi syarikat Godfrey Group Ltd sebagai agen ‘Republik Malaysia’ bagi tujuan melobi untuk mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, menegaskan kerajaan dan PMO tidak mengeluarkan sebarang arahan, melantik atau mempunyai kontrak dengan 45 Group, syarikat Godfrey Group Ltd atau Baumgardner-Nardone.

SUMBER : 

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI