PENJELASAN :
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan merancang melakukan perubahan pada Cukai Pelancongan yang dimulakan pada 2017 sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik, kerajaan tidak merancang melakukan sebarang perubahan berhubung pelaksanaan Cukai Pelancongan yang dimulakan pada September 2017.
Kerajaan juga tiada cadangan untuk meningkatkan kadar cukai tersebut yang dikenakan terhadap pelancong asing.
“Melalui penelitian perkara ini, ia membuktikan bagi tempoh jangka panjang, pelaksanaan Cukai Pelancongan akan memberi kesan positif. Sokongan kewangan yang berterusan ini akan membantu kerajaan dalam usaha menaiktaraf produk pelancongan dalam negara.”
SUMBER :