Kerajaan Perak Terlibat Majlis Amal Menampilkan Penyanyi Berpakaian Tidak Sopan?

TULAR:
423

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa kerajaan negeri Perak terlibat menganjurkan satu majlis ‘amal’ yang menampilkan seorang penyanyi wanita berpakaian tidak sopan.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Pejabat Menteri Besar Perak, jabatan atau agensi kerajaan negeri tidak terlibat dalam penganjuran satu majlis ‘amal’ menampilkan seorang penyanyi wanita berpakaian seksi sepertimana yang tular di media sosial.

Menurut Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu, semakan telah dibuat dan mendapati tiada sebarang tajaan atau kehadiran wakil pejabat Menteri Besar atau mana-mana jabatan serta agensi kerajaan negeri pada majlis itu.

Ahmad Faizal berkata susulan kejadian itu, beliau telah mengarahkan mana-mana pihak yang ingin menggunakan imejnya atas kapasiti sebagai Menteri Besar, Anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen supaya merujuk kepada Pejabat Menteri Besar terlebih dahulu.

SUMBER :

Berita Harian

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI