Tarif Air Di Selangor Akan Dinaikkan Susulan Penstrukturan Semula?

TULAR:
209

PENJELASAN :

Kerajaan negeri Selangor memperjelaskan dakwaan bahawa tarif air di Selangor akan dinaikkan kerajaan negeri susulan penstrukturan semula air di negeri tersebut.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, tiada sebarang kenaikan tarif air dan program air percuma masih dapat diteruskan ketika ini meskipun selepas penstrukturan semula air Selangor.

“Sekarang ini tiada kenaikan (tarif air) dan kita akan teruskan program air percuma yang menelan belanja RM180 juta setahun walaupun ia telah banyak kali meningkat sejak mula diperkenalkan (pada Jun 2008) pada kadar kira-kira RM70 juta setahun. Namun begitu, kita bertindak mengikut kemampuan semasa kerajaan negeri dan buat masa ini, kita masih mampu (menanggung kos) walaupun kita wujudkan pelbagai program lain yang memberi manfaat kepada rakyat.”

SUMBER :

Utusan Malaysia

Berita Harian

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI