PENJELASAN:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat senarai pelbagai jenis produk yang tidak halal (mengandungi lemak babi) yang didakawa diedarkan oleh Dr Rasheed Mos dari Universiti Malaya, sepertimana yang tular di media sosial.
Antara produk-produk yang terlibat adalah Minyak Masak Lam Soon, Ajinomoto, sabun Lux, krim muka Hazeline Snow, ramuan Kentucky Fried Chicken dan Mc Donald dan sebagainya.
Versi Terkini. Tular: Februari 2018
Versi Terdahulu. Tular: September 2016
Menurut Bahagian Hab Halal Jakim, tular tersebut merupakan isu kitar semula yang mula tersebar sekitar tahun 2007 hingga kini.
Walaupun begitu, Bahagian Hab Halal Jakim telah menyatakan bahawa tidak kesemua produk berkenaan tidak mempunyai Sijil/Logo Pengesahan Halal Malaysia atau luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.
Tambahnya lagi, pengguna adalah dinasihatkan agar memilih produk yang mempunyai Logo/Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau luar negara yg diikitiraf oleh Jakim dengan menyemak status halal di direktori www.halal.gov.my atau aplikasi telefon pintar myjakim.
SUMBER:
Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM