Anggota JPJ Pecahkan Cermin Lori Untuk Dapatkan Maklumat Pemandu?

TULAR:
629
Gambar hiasan. Sumber: blogspot.my

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat beberapa anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang telah memecahkan cermin lori bagi mendapatkan maklumat pemandu.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik JPJ, pasukan JPJ membuat pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut namun pemandu lori telah menyorok dan mengunci kesemua pintu lori.

Walau bagaimanapun, pemandu tersebut enggan memberikan kerjasama apabila diminta untuk diperiksa permit serta dokumen berkaitan dan juga arahan membawa kenderaan ke Stesen Penguatkuasa JPJ Ulu Tiram bagi ditimbang. Pemandu tersebut juga telah menuduh anggota yang terlibat memecahkan cermin lori tersebut sedangkan ianya sudah sedia tertanggal dan telah jatuh ke tanah terlebih dahulu serta tidak pecah.

Justeru, JPJ menafikan tohmahan yang tular di media sosial dan kecewa dengan dakwaan palsu yang telah dilemparkan di atas tugas dilaksanakan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

SUMBER:

Twitter Jabatan Pengangkutan Jalan

Utusan Malaysia

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI