Bekalan Ubat Di Hospital Sultanah Nur Zahirah Terjejas Ekoran Kekurangan Peruntukan?

TULAR:
626

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan kononya bekalan ubat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) telah terjejas ekoran kekurangan peruntukan yang dibekalkan.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Dr. Mohammad Omar menafikan dakwaan kononnya bekalan ubat di HSNZ terjejas ekoran kekurangan peruntukan, sebaliknya ia berpunca daripada ketidakstabilan sistem perolehan elektronik yang digunapakai agensi kerajaan dan pembekal kerajaan, ePerolehan, bermula sejak Januari 2018 yang menyebabkan bekalan ubatan tertentu berada di tahap minimum.

Katanya lagi, bagi mengatasi masalah tersebut, jabatan itu telah menggunapakai sistem pembelian secara manual walaupun terdapat masalah pembekal tidak dapat memenuhi permintaan yang serentak dari seluruh negara. “Bagaimanapun, menerusi kaedah ini banyak stok ubat-ubatan telah dapat dipulihkan dan hanya sebilangan jenis yang masih minimum.”

Hospital dan klinik terjejas telah mengambil langkah sementara termasuk mendapatkan bekalan daripada institusi kesihatan lain, mencatu bekalan di samping kemungkinan doktor menukar ubat pesakit kepada ubat lain yang sama fungsinya, dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak bimbang dan bersabar sementara menunggu sistem e-perolehan dibaik pulih.

SUMBER:

Jabatan Kesihatan Terengganu

Utusan Malaysia

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI