PALSU:
Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya pembahagian simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang meninggal dunia akan disalurkan kepada Amanah Raya Berhad secara automatik.
Versi Terkini. Tular: April 2018
Versi Terdahulu. Tular: April 2014
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan rasmi KWSP:
KWSP ingin memaklumkan bahawa tular mengenai isu penamaan yang tersebar adalah tidak benar. Penularan ini adalah sama seperti sebaran sebelum ini mengenai pembahagian simpanan ahli KWSP secara automatik kepada Amanah Raya
Berhad yang juga tidak benar.
KWSP juga ingin menegaskan isu pembahagian simpanan ahli yang meninggal dunia yang
melibatkan penama/ waris di bawah umur 18 tahun kepada Amanah Raya Berhad secara
automatik adalah juga tidak benar.