Kapal Selam Dibeli Kerajaan Kini Tersadai Di Melaka?

TULAR:
3193

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa sebuah kapal selam yang dibeli kerajaan kini telah tersadai di Melaka.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA: 

Menurut kenyataan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM):

Kapal selam yang dipamerkan di Muzium Melaka ialah kapal selam dari kelas Agosta 90 yang terpakai bernama OUESSANT. Kapal selam ini telah digunakan oleh warga kapal selam TLDM hanya sewaktu latihan di Perancis. Kapal selam OUESSANT ini diberikan secara percuma oleh Kerajaan Perancis untuk dijadikan muzium.

Kapal selam KD TUNKU ABDUL RAHMAN (KD TAR) pula merupakan kapal selam dari kelas yang berbeza iaitu jenis SCORPENE. KD TAR dan KD TUN RAZAK kedua-duanya sedang beroperasi dalam Armada TLDM. Kedua2 kapal selam ini tiada kena mengena langsung dengan kapal selam yang dipamerkan di Melaka. Kapal selam di Melaka itu hanyalah sejarah dalam penubuhan Angkatan Kapal Selam TLDM.

SUMBER:

Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI