Terdapat Proses Pilihan Raya Baharu?

TULAR:
1392

PENJELASAN:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperjelaskan berhubung mesej-mesej berkaitan proses pilihan raya sepertimana yang tular di media sosial sejak akhir-akhir ini.

Sumber gambar: Facebook

SPR meminta orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan mempercayai mesej-mesej tular yang tidak sahih dan berniat mengelirukan pengundi berkaitan proses pilihan raya yang ditularkan di media sosial sejak akhir-akhir ini.

Antara mesej-mesej yang ditularkan di media sosial baru-baru ini seperti visual kaedah penandaan kertas undi yang dijalankan oleh institusi yang tidak berkaitan dengan SPR, klip video kononnya kertas undi dibawa keluar oleh petugas dari balai polis tanpa kebenaran, klip video warga asing menaiki bas yang disyaki sebagai pengundi hantu, teks berkaitan kertas undi mempunyai titik hitam, pautan semakan daftar pemilih yang bertujuan mencuri data peribadi, kaedah pengundian yang dimanipulasi dan sebagainya yang disifatkan sebagai berita tidak benar dan bertujuan mengelirukan orang ramai.

SPR menasihatkan agar pengundi tidak terpengaruh dan percaya dengan mesej-mesej tular yang memberi maklumat salah yang bertujuan untuk mengelirukan serta menimbulkan persepsi negetif terhadap petugas pilihan raya. Orang ramai disaran supaya merujuk terus kepada pihak SPR untuk penjelasan maklumat yang tepat mengenai sebarang maklumat yang tidak pasti kesahihannya.

SUMBER:

Portal Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI