Pembahagian Simpanan Ahli KWSP Yang Meninggal Dunia Kepada Amanah Raya Berhad Secara Automatik?

TULAR:
1137

PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya pembahagian simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang meninggal dunia akan disalurkan kepada Amanah Raya Berhad secara automatik.

Versi Terkini. Tular: April 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: April 2014

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi KWSP:

KWSP ingin memaklumkan bahawa tular mengenai isu penamaan yang tersebar adalah tidak benar. Penularan ini adalah sama seperti sebaran sebelum ini mengenai pembahagian simpanan ahli KWSP secara automatik kepada Amanah Raya
Berhad yang juga tidak benar.

KWSP juga ingin menegaskan isu pembahagian simpanan ahli yang meninggal dunia yang
melibatkan penama/ waris di bawah umur 18 tahun kepada Amanah Raya Berhad secara
automatik adalah juga tidak benar.

SUMBER:

Laman Rasmi KWSP (1)

Laman Rasmi KWSP (2)

Laman Rasmi Amanah Raya


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI