Pemberat Dilekatkan Pada Tong Gas?

TULAR:
10241

PENJELASAN:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperjelaskan dakwaan pemberat atau besi yang dilekatkan pada tong gas sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut  KPDNKK Sabah, Pegawai Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Sabah telah membuat pemeriksaan di terminal LPG Petronas dan meninjau proses bagaimana pengisian setiap tong LPG yg dijalankan di terminal gas tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati bahawa memang terdapat plat besi pemberat yangg dilekatkan di beberapa tong gas dan ianya bertujuan untuk menjadikan berat kosong (tare weight) untuk setiap tong gas tersebut kepada 16.5 kg.

Selanjutnya 14kg LPG akan diisikan secara automatik ke dalam setiap tong kosong 16.5kg berkenaan.

Pemberat ataupun plat besi berkenaan perlu dilekatkan kerana terdapat tongtong yag beratnya berkurangan disebabkan faktor karat dan sebagainya.

SUMBER: 

Facebook KPDNKK Negeri Sabah


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI