Susu Rumusan Yang Dirampas KPDNKK Di Johor Tidak Selamat Digunakan ?

TULAR:
561
Sumber gambar : KKM

PENJELASAN :

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan dakwaan bahawa susu rumusan yang disyaki tiruan dalam rampasan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekitar Johor Bahru pada 10 Disember 2017 adalah tidak selamat sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Kosmo

 

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan bekerjasama rapat dengan KPDNKK dan telah mengambil sampel produk terbabit untuk analisis oleh Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan di bawah KKM dan Jabatan Kimia Malaysia bagi mengesahkan keselamatan produk berkenaan.

Hasil analisis mendapati produk tersebut adalah selamat. Walaubagaimanapun, produk berkenaan tidak mencapai standard kualiti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 iaitu dari segi kandungan lemak.

SUMBER : 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI