Permohonan Awal Mydeposit Ditolak?

TULAR:
741

PENJELASAN:

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperjelaskan faktor permohonan awal Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) ditolak.

Sumber gambar: Mediakota

Dokumen tidak lengkap adalah salah satu daripada tiga faktor utama permohonan awal Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) ditolak sekali gus hilang kelayakan untuk menerima insentif sehingga RM30,000.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, dua faktor lain ialah pemohon tidak penuhi syarat kelayakan ditetapkan sama ada pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 atau melebihi RM15,000.

Katanya, pembelian rumah daripada pemaju yang mendapat dana atau subsidi seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Program Perumahan Rakyat (PPR) dan lain-lain sama ada dari kerajaan negeri atau persekutuan juga menyebabkan permohonan boleh ditolak.

 

SUMBER :

Bernama

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI