PALSU :
Tular di media sosial dakwaan kononnya wujud pemilih baru di kalangan anggota tentera dan pasangan mereka didaftarkan di Kem Paloh yang dipindahkan dari Kem Mahkota.
SEBENARNYA:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan pernah menerima sebarang permohonan baharu daripada pihak tentera untuk mendaftarkan anggota mereka sebagai pemilih atau membuka lokaliti baru di Kem Paloh, Johor dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku keempat tahun 2017.
Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata dakwaan pihak tertentu kononnya wujud pemilih baharu di kalangan anggota tentera dan pasangan mereka didaftarkan di Kem Paloh yang dipindahkan dari Kem Mahkota dalam Parlimen Sembrong adalah tidak benar sama sekali.
“Pihak-pihak yang berkepentingan boleh membuat semakan pada Rang DPT bagi Suku Keempat Tahun 2017 yang sedang dipamerkan bermula pada 17 Jan sehingga 30 Jan 2018 di tempat-tempat pameran yang berdekatan.”
SUMBER :