Waspada Penyebaran Tarikh Palsu Berkenaan PRU 14

TULAR:
2344
Sumber gambar : SPR

WASPADA:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggesa orang ramai supaya berhenti melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab menyebarkan tarikh pembubaran Parlimen dan hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menerusi media sosial.

 

Gambar hiasan. Sumber: Facebook

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, jika tindakan itu berterusan ia boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat terutamanya mereka yang mempunyai perancangan tertentu.

“Urusan pilihan raya adalah satu urusan yang sensitif dan perbuatan menjadikan maklumat berkenaan tarikh hal-hal berkaitan pilihan raya seperti penamaan calon dan pembubaran Parlimen itu tular di media sosial tidak seharusnya berlaku. Perkara itu dikhuatiri akan menyusahkan orang ramai yang mempunyai perancangan untuk mengerjakan umrah, mengadakan majlis perkahwinan atau melancong.”

“Yang pasti mesej berkenaan tarikh pilihan raya yang tular itu bukan dari SPR dan bagi kami ia hanya akan diketahui sebaik parlimen dibubarkan, iaitu dalam tempoh 60 hari selepas itu seperti yang dinyatakan mengikut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan.”

SUMBER:

MStar Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI