Waspada Iklan Tawaran Pinjaman Mudah

TULAR:
552

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan jangan mudah mempercayai mana-mana iklan tawar pinjaman cepat/mudah yang dipaparkan sama ada menggunakan poster/kain rentang yang ditampal di tempat awam, risalah yang diedarkan di peti pos rumah/ kenderaan atau SMS yang bertujuan menawarkan pinjaman palsu menggunakan nama dan logo bank-bank tempatan dalam negara.

Sumber gambar: Polis Diraja Malaysia

Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sindiket ini akan mensasarkan golongan yang terdesak mahukan pinjaman peribadi segera.

Mangsa yang terpedaya akan menghubungi nombor di dalam iklan bagi tujuan membuat pinjaman sebelum diarah memasukkan sejumlah wang bagi tujuan pemprosesan permohonan bagi kelulusan segera pinjaman yang diinginkan. Mangsa yang terdesak akan memasukkan wang yang diminta dan suspek kemudiannya gagal dihubungi.

Nasihat PDRM:

– Orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan dahulu dengan bank-bank yang menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi.

– Jangan mudah mempercayai maklumat yang disebarkan tanpa usul periksa dan sebaik-baiknya hubungi dahulu ibu pejabat bank yang membuat tawaran itu bagi mendapatkan maklumat lanjut.

– Jangan sesekali memasukkan wang ke dalam mana-mana akaun bank yang diarahkan oleh pihak yang tidak dikenali.

– Sentiasa membuat semakan tentang kes-kes penipuan perbankan yang telah berlaku dalam negara di internet.

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI