Pemilihan Ke SBP Hanya Berdasarkan Pecapaian Akademik?

TULAR:
530

PENJELASAN:

Ketua Pengarah Pelajaran memperjelaskan dakwaan kononya cara pemilihan ke sekolah berasrama penuh (SBP)  ditentukan oleh keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, calon ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dibuat berdasarkan pelbagai aspek, bukan hanya tertumpu kepada pencapaian akademik.

Antara perkara diambil kira termasuk tahap pengetahuan am; kecerdasan emosi (EQ), kecerdasan intelektual (IQ), aspek kerohanian serta kemahiran sosial. Calon juga dipilih berdasarkan komponen latar belakang sosial dan akademik, lokasi tempat tinggal sama ada di bandar dan luar bandar serta tahap kepimpinan pelajar.

“Kemasukan dan pemilihan pelajar ke SBP sangat berbeza. Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) akan mengambil kira banyak komponen dan kesesuaian pelajar untuk masuk ke SBP.”

SUMBER:

Berita Harian (1)

Berita Harian (2)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI