PENJELASAN :
Jabatan Perikanan Terengganu (DOF) memperjelaskan dakwaan bahawa seorang pemilik resort di sebuah pulau di negeri itu menyimpan seekor penyu Albino dan beratus anak penyu baru menetas dalam sebuah kolam di resort berkenaan, sepertimana rakaman yang tular di media sosial.
Menurut pengarah DOF, Zawawi Ali berkata siasatan jabatan yang dijalankan ke atas resort berkenaan tidak menemui penyu Albino terbabit sebaliknya hanya terdapat kira-kira 300 anak penyu di dalam kolam itu.
Pemeriksaan mendapati pemilik premis itu pernah mempunyai lesen sah untuk mengeram telur penyu, bagaimanapun ia tamat sejak 2006 dan tidak diperbaharui hingga kini.