PENJELASAN:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperjelaskan laporan bahawa pemisah laluan basikal dan laluan kenderaan yang dipasang oleh DBKL adalah merbahaya sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.
Menurut Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, Datuk Mahadi Che Ngah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan segera membuka semula pemisah laluan basikal dan laluan kenderaan (rubber separator) di ibu negara.
Beliau berkata , langkah itu diambil selepas pemasangan alat tersebut didakwa membahayakan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal.
“DBKL akan mengkaji semula perkara tersebut apatah lagi terdapat bantahan daripada pengguna jalan raya. Kami akan cari jalan penyelesaian yang terbaik untuk kesejahteraan warga kota secara keseluruhannya.“
SUMBER: