Perubatan Diagnosis Sinar-X Adalah Merbahaya?

TULAR:
991

PENJELASAN: 

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperjelaskan dakwaan bahawa perubatan diagnosis sinar-X adalah merbahaya sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Twitter

Menurut Menteri MOSTI, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, pesakit dan pengamal perubatan tidak perlu khuatir semasa menjalankan perubatan diagnosis sinar-X.

Ini kerana standard berkenaan perubatan diagnosis sinar-X telah disemak semula selaras dengan perkembangan teknologi khususnya dari aspek keselamatan dan tahap kebolehgunaan peralatan radiologi.

Pembangunan standard ini juga turut melibatkan pakar-pakar dalam bidang radiasi daripada agensi-agensi di bawah MOSTI termasuk Lembaga Perlesenan ATOM Negara dan Agensi Nuklear Malaysia.

Standard berkenaan merangkumi kriteria untuk penggunaan sinar-x secara selamat dan tahap kebolehgunaan peralatan radiologi. Selain itu, ia merupakan sebahagian daripada keperluan untuk mendapatkan lesen kelas C di bawah aktiviti Pelesenan Tenaga Atom (Akta 304) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

SUMBER:

Laman Facebook Rasmi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI