Pemisah Laluan Basikal Dan Laluan Kenderaan Yang Dipasang DBKL Merbahaya?

TULAR:
670

PENJELASAN:

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperjelaskan laporan bahawa pemisah laluan basikal dan laluan kenderaan yang dipasang oleh DBKL adalah merbahaya sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, Datuk Mahadi Che Ngah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan segera membuka semula pemisah laluan basikal dan laluan kenderaan (rubber separator) di ibu negara.

Beliau berkata , langkah itu diambil selepas pemasangan alat tersebut didakwa membahayakan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal.

“DBKL akan mengkaji semula perkara tersebut apatah lagi terdapat bantahan daripada pengguna jalan raya. Kami akan cari jalan penyelesaian yang terbaik untuk kesejahteraan warga kota secara keseluruhannya.“

SUMBER:

Laman Rasmi Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Utusan Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI