Dua Lelaki Menyamar Pegawai Polis, Aktif Memeras Ugut Di Hulu Terengganu?

TULAR:
819

PALSU :

Tular di media sosiakl berkenaan dua lelaki yang didakwa  menyamar sebagai pegawai polis cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Hulu Terengganu dan sedang aktif memeras ugut di sekitar sempadan daerah Marang, Setiu, Dungun dan Hulu Terengganu.

Sumber gambar: Whatsapp.

SEBENARNYA :

Orang ramai diminta tidak mempercayai tular berkaitan dua lelaki Melayu menyamar sebagai anggota polis cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis(IPD) Hulu Terengganu yang aktif jalankan kegiatan peras ugut.

Berdasarkan cerita tular khususnya di aplikasi Whatsapp, lelaki tersebut dikatakan melakukan kegiatan berkenaan di sekitar sempadan daerah Marang, Setiu, Dungun dan Hulu Terengganu selain turut meminta orang ramai menangkap kedua-kedua lelaki itu untuk diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, berikutan tular berkenaan kedua-dua lelaki dikatakan terlibat telah hadir sendiri ke IPD Hulu Terengganu.

“Hasil siasatan ke atas mereka yang berumur 37 dan 32 tahun itu, tiada sebarang keterangan penglibatan kedua-duanya berhubung kes.”

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI