PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat penculikan membabitkan pelajar sekolah berlaku di sekitar negeri Melaka.
Sumber gambar : Facebook
SEBENARNYA :
Polis Melaka menafikan berita kononnya berlaku kes culik membabitkan pelajar sekolah di sekitar negeri ini yang menjadi viral di laman media sosial.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Kamaluddin Kassim, berkata, tiada sebarang laporan dibuat berhubung kejadian itu setakat ini, dan penyebaran berita palsu berkenaan mungkin dilakukan pihak tidak bertanggungjawab untuk menakut-nakutkan orang ramai.
SUMBER