Talian 112 Lebih Efisien Daripada 999 ?

TULAR:
2007

PENJELASAN :

Pengarah Perojek MERS 999 memperjelaskan dakwaan bahawa talian 112 dipercayai sebagai nombor telefon kecemasan paling efisien untuk menghubungi pihak polis walaupun tanpa liputan rangkaian sepertimana yang menjadi tular di media sosial.

Sumber gambar : Whatsapp

Menurut Pengarah projek MERS 999, Rozinah Anas memperjelaskan bahawa talian 112 merupakan talian kecemasan alternatif di mana ia hanya boleh dihubungi menggunakan telefon bimbit.Talian 112 masih perlu disambungkan ke pusat panggilan 999 dan kedua-dua nombor tersebut tidak dapat berfungsi menerusi penggunaan telefon bimbit tanpa kad SIM yang aktif.

SUMBER :

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI