PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya seorang lelaki telah menjumpai satu objek yang menyerupai bom di Jalan Walter Grenier.
SEBENARNYA:
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Mohd Shukri Kaman menafikan objek yang ditemui adalah bom.
Menurut beliau, pihaknya telah menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa terjumpa objek yang disangka bom di atas pagar besi berhadapan sebuah restoran.
“Anggota polis ke lokasi dan sebaik tiba mereka mendapati ia hanyalah logam biasa.”
SUMBER :