PENJELASAN:
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan dakwaan bahawa penggunaan bahan peluntur benzoil peroksida dalam tepung gandum boleh menjejaskan kesihatan sepertimana yang tular di media sosial.
Versi Terkini. Tular: Jun 2017
Versi Terdahulu. Tular: Januari 2017
Versi Terdahulu. Tular: Oktober 2014
Menurut KKM, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan benzoil peroksida sebagai kondisioner makanan di bawah aditif makanan di dalam tepung. Benzoil peroksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan oleh badan penilai antarabangsa iaitu Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA).
SUMBER:
Kementerian Kesihatan Malaysia (Jun 2017)
Kementerian Kesihatan Malaysia (Januari 2017)
Kementerian Kesihatan Malaysia (Oktober 2014)